Modal Bisnes Tudung

Kali ini kita akan meneroka satu lagi model bisnes power yg menarik ramai utk menceburinya, iaitu bisnes tudung atau lebih tepat lagi modal bisnes tudung. Di Malaysia kini, sudah ramai golongan muslimah yang mula menggunakan hijab. Mulai dari kanak-kanak, remaja, hinggalah wanita dewasa. Hal ini demikian kerana, tudung merupakan salah satu penutup aurat yang dipakai oleh golongan wanita muslim. Namun begitu, selain menjadi penutup aurat bagi golongan wanita muslim, tudung juga merupakan salah satu trend fesyen di seluruh dunia.

Modal bisnes tudung

Hal ini dikatakan demikian kerana, bagi golongan wanita yang belum bersedia memakai hijab, mereka menggunakan tudung sebagai fesyen trend terkini. Secara tidak langsung trend ini menyebabkan pasaran penjualan tudung semakin tinggi. Bukan itu sahaja, trend fesyen ini juga menyebabkan ramai golongan terinspirasi untuk membuka perniagaan tudung juga. Namun begitu, untuk menjalankan perniagaan tudung ini tidaklah semudah yang di bayangkan.

Ini kerana, untuk membuka perniagaan tudung memerlukan pelbagai langkah dan persediaan juga kemahiran. Namun apa yang paling utama adalah, untuk membuka perniagaan tudung perlulah mempunyai modal yang mencukupi baik secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Oleh hal yang demikian, di sini akan membincangkan mengenai topik modal bisnes tudung.

Pasti ada di antara anda yang belum mengetahui akan definisi modal atau apa yang di maksudkan dengan modal. Dana yang diperoleh daripada sumber pembiayaan khas atau asset kewangan seperti dana yang disimpan dalam akaun deposit adalah istilah yang merujuk kepada modal.

Bukan itu sahaja, aset modal syarikat yang memerlukan jumlah modal yang besar untuk membiayai dan mengembangkannya juga boleh dikaitkan dengan modal. Ini merupakan serba sedikit tentang istilah atau maksud modal. Bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk membuka perniagaan tudung, perlulah mengetahui serba sedikit tentang modal.

Hal ini demikian kerana, modal adalah asas atau langkah yang utama bagi mereka yang ingin memulakan sesuatu perniagaan sama ada pakaian, makanan, tudung atau barang keperluan. Semua itu memerlukan modal untuk membina atau membuka sesebuah perniagaan. Namun begitu, untuk mendapat modal dalam perniagaan tidaklah begitu mudah. Oleh itu, mari kita lihat bagaimana untuk mendapatkan modal bisnes tudung.

Dropship atau Agent

Untuk pengetahuan anda, salah satu cara untuk mendapatkan atau menambahkan modal bisnes tudung ialah dengan menjadi dropship atau agent. Hal ini demikian kerana, bagi anda yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak mempunyai modal atau hanya mempunyai modal yang sangat sedikit, anda boleh memulakan perniagaan anda sebagai dropship atau agent tudung.

Bagi sesetengah daripada anda mungkin berpikir sama ada menjadi dropship atau agent mampu atau tidak untuk menjana pendapatan modal yang banyak. Namun jika di lihat dari sudut pandangan masyarakat, menjadi dropship atau agent agak sukar untuk mendapatkan modal yang agak banyak memandangkan anda hanya membantu menjual produk tudung dari pembekal.

Namun begitu, dengan menjadi dropship atau agent secara tidak langsung anda dapat mengumpul modal sedikit demi sedikit dari hasil pendapatan anda menjadi dropship atau agent jualan tudung. Bak kata pepatah ‘sikit-sikit lama-lama menjadi bukit’. Dengan adanya pendapatan dari hasil menjadi dropship atau agent anda boleh mengatur pembahagian modal bisnes tudung yang diperuntukkan sebelum anda membuka sebuah kedai.

Oleh itu, jelaslah bahawa menjadi dropship atau agent tudung terlebih dahulu mampu menambahkan pendapatan untuk dijadikan modal bisnes tudung anda.

Pemborong Tudung

Selain menjadi dropship atau agent jualan tudung, anda juga boleh menjadi peniaga atau pemborong tudung untuk menambahkan modal bisnes tudung anda. Hal dikatakan demikian kerana, jika anda mempunyai sebuah kedai, anda boleh memanfaatkan kedai anda dengan menjual tudung-tudung yang anda borong daripada pembekal.

Ini juga merupakan salah satu kaedah bagaimana anda hendak menambahkan modal bisnes tudung anda sendiri. Sebagai contoh, untuk permulaan anda boleh menjual tudung-tudung milik pembekal lain dahulu, kemudian apabila anda mempunyai modal yang mencukupi anda boleh menggunakan modal tersebut untuk memulakan bisnes tudung anda sendiri pula nanti.

Jika di lihat kaedah ini sangat membantu para peniaga kecil-kecilan yang mempunyai impian dan minat untuk membuka perniagaan tudung yang lebih besar. Hal ini demkian kerana, dengan jualan tudung mereka secara kecil-kecilan ini dapat menambahkan lagi modal bisnes tudung mereka.

Pemilihan Bahan atau Fabrik

Selain anda perlu tahu akan cara bagaimana untuk menambahkan modal bisnes tudung, anda juga perlu tahu apa yang perlu dilakukan jika anda mempunyai modal perniagaan tudung yang mencukupi.

Oleh itu, apa yang perlu dititikberatkan adalah pemilihan bahan atau fabrik. Hal ini demikian kerana, pemilihan bahan atau fabrik sangat penting untuk mendapatkan hasil tudung yang berkualiti dan terbaik. Bagi anda yang ingin memilih bahan atau fabrik pastikan anda mencari bahan yang berkualiti supaya modal yang anda keluarkan untuk bisnes tudung anda tidak rugi.

Anda juga harus tahu kualiti bahan atau fabrik seperti apa yang diinginkan. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai jenis fabrik dan ada juga kualiti kain yang baik dan ada juga kualiti kain yang kurang baik. Oleh itu anda harus memilih kualiti bahan atau fabrik dengan betul.

Hal ini demikian kerana, apabila anda memilih kualiti bahan atau fabrik yang baik, pembeli akan mula tertarik dan ingin membeli produk tudung yang dikeluarkan oleh kedai atau syarikat anda. Bukan sahaja, kualiti yang baik tetapi juga pastikan tudung yang di keluarkan oleh anda juga cantik dan menarik.

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pemilihan bahan atau fabrik yang bagus dan berkualiti merupakan salah satu modal bisnes tudung.

Utilities dan Tenaga Kerja

Utilities dan tenaga kerja merupakan antara aspek yang perlu anda titikberatkan dalam bisnes tudung. Hal ini demikian kerana, jika anda ingin membuka perniagaan tudung, anda harus memiliki sebuah kedai atau butik dan sudah tentu anda perlu menggunakan separuh daripada modal bisnes tudung anda untuk membayar utilities seperti bil air, elektrik dan sewa kedai atau butik.

Sama juga seperti mana tenaga kerja, di mana, anda juga perlu membayar gaji para pekerja yang sudah membantu dalam urusan perniagaan kedai atau butik tudung milik anda. Jika dilihat ianya nampak seperti tidak berkaitan, namun anda harus tahu bahawa jika anda mahu membuka perniagaan tudung.

Sudah tentu anda harus memiliki sebuah kedai atau butik dan juga anda harus memiliki beberapa orang pekerja untuk menguruskan jual beli koleksi tudung milik anda. Oleh itu, sudah tentu bahawa utilities dan tenaga kerja adalah salah satu aspek dalam modal bisnes tudung.

Kesimpulannya, modal sangatlah penting dalam bisnes tudung anda. Jika anda memiliki modal bisnes yang mencukupi, anda bolehlah membuka sebuah kedai atau butik milik anda sendiri dan menjual koleksi tudung-tudung dari jenama sendiri.

Namun bagi mereka yang kekurangan dalam modal bisnes tudung, anda boleh melakukan beberapa cara seperti yang dinyatakan iaitu menjadi dropship atau agent atau juga menjadi pemborong tudung.

Hal ini demikian, melalui cara-cara tersebut anda dapat menambahkan lagi modal bisnes tudung dan kemudian dapat memperbesarkan perniagaan tudung anda sendiri. Begitu juga bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan industri perniagaan ini.

Kesimpulan

Akhir sekali jika anda sudah memiliki modal bisnes tudung yang mencukupi, anda hanya perlu membuat perancangan yang betul serta teratur dalam menentukan hala tuju perniagaan tudung anda dengan berbekalkan modal bisnes tudung yang telah anda perolehi.

Bacaan Tambahan

Pasaran tudung di negara kita mendapat permintaan yang hebat. Anda dah menelaah cara memulakan bisnes tudung jenama sendiri? Baca dulu..

Sektor pasaran tudung berpotensi tinggi utk diterokai. Jadi pada kali ini, kita akan melihat apakah kelebihan menjual tudung. Baca sini..

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan tudung. Ada yg percuma, ada yg berbayar. Jom lihat antara cara-cara marketing tudung yg berkesan ini..

Bukan senang ingin menarik hati pelanggan. Ayat untuk promote tudung kena power. Baru jualan mencanak naik. Jom pelajari teknik PAS di sini..

Untuk menjual tudung jenama sendiri, anda haruslah tahu cara buat tudung sendiri. Tak pandai menjahit? Tiada masalah. Ada banyak kaedah lain..

Leave a Comment

error: Content is protected !!