Satu lagi bisnes power yang juga kekadang dipandang sebelah mata ialah bidang penternakan kambing. Hamis, busuk dan leceh. Tapi tahukah anda, bisnes ini memberikan pendapatan yang cukup lumayan dan dikategorikan sebagai salah satu bisnes yang power. Bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan penternakan kambing, adalah lebih baik jika dia mengetahui kelebihan menternak kambing itu sendiri.
Ianya sangat penting untuk memulakan dan mengendalikan perniagaan penternakan kambing yang berjaya. Hal ini kerana, perniagaan komersial dalam menternak dan memelihara kambing adalah sangat menguntungkan.
Tidak hairanlah ramai penternak masa kini yang mempunyai pelbagai kandang kambing yang menempatkan puluhan ekor kambing untuk diternak. Untuk memelihara kambing, seorang pemula yang ingin menternak kambing haruslah mempunyai ilmu terlebih dahulu seperti ilmu kelebihan menternak kambing.
Jika sudah mengetahui kelebihan dalam menternak kambing, maka ianya akan memudahkan perniagaan seseorang itu seiring ianya juga dapat memberi manfaat kepada penternak itu sendiri. oleh itu, di dalam artikel ini akan diterangkan beberapa kelebihan menternak kambing.
Secara amnya, di dalam penternakan kambing hari ini, kambing ialah haiwan yang dibiakkan secara komersial di sebahagian besar di dunia ini. Hari demi hari, populariti perniagaan penternakan kambing komersial secara beransur-ansur meningkat.
Kelebihan utama penternakan kambing ialah permintaan pasaran yang besar dan ketersediaan kepelbagaian jenis kambing di negara kita. Terdapat banyak perusahaan ternakan kambing di seluruh tempat di dunia ini dan mereka yang akan mengendalikan sebahagian besar permintaan di pasaran.
Seiring bertambahnya populasi, tidak kurang juga pertambahan dari segi makanan. Perniagaan penternakan kambing komersial amat memainkan peranan penting dalam permintaan makanan yang semakin meningkat ini.
Ini bermaksud produk keluaran daripada kambing seperti daging kambing, susu kambing sangat berkhasiat dan bermanfaat kepada kesihatan manusia. Selain itu, susu kambing juga digunakan untuk menghasilkan produk seperti sabun mandi, syampu dan sebagainya. Daging kambing yang lazat juga telah mencipta peminatnya yang tersendiri. Oleh itu, daging kambing sangat diminati dipasaran antarabangsa.
Kambing semestinya haiwan yang serba boleh. Oleh itu, seiring dengan daging dan susunya yang sangat berharga, kulit dan seratnya juga bernilai tinggi. Kotoran najis kambing juga boleh digunakan untuk baja tanaman atau pengeluaran hijau yang lain. Disini, jelaslah bahawa kambing merupakan haiwan yang serba boleh. Tidak hairanlah mengapa ramai penternak yang menternaknya. Selain itu, terdapat beberapa lagi kelebihan menternak kambing antaranya:
Mudah Dijaga
Antara kelebihan menternak kambing yang sangat istimewa bagi kalangan penternak-penternak kambing adalah kambing adalah salah satu ternakan yang mudah untuk dijaga. Kambing adalah haiwan yang mempunyai pelbagai jenis baka yang mudah dijaga dan tidak memerlukan komitmen yang tinggi untuk dijaganya.
Hanya menyediakan tempat untuk kambing serta makanan dan minuman. Apa yang lebih senang ialah, wanita dan kanak-kanak juga mampu untuk menternak kambing. Tetapi tidaklah di dalam jumlah yang banyak.
Baka yang banyak
Kepelbagaian baka juga merupakan salah satu kelebihan dalam penternakan kambing. Hal ini dikatakan kerana, untuk menternak kambing di kawasan anda, terdapat beberapa kambing asli yang ada dan anda boleh memilih mana-mana. Anda juga boleh memilih mana-mana baka bergantung kepada tujuan pengeluaran anda.
Di antara baka kambing asli, ada yang popular untuk pengeluaran daging, beberapa baka baik untuk pengeluaran susu, manakala ada juga baka yang baik untuk kedua-duanya iaitu susu dan daging. Jika anda ingin memulakan penternakan kambing komersial untuk menghasilkan susu, ada jenis baka yang disarankan antaranya ialah, kambing Jamnapari, Beetal, Jakhrana dan surti.
Bagi yang mementingkan pasaran dari segi daging pula, jenis baka yang terbaik adalah, Sirohi, Sojat, Osmanabadi dan lain-lain. Jika anda ingin kedua-duanya baik dari segi penghasilan susu dan daging, terdapat beberapa baka serba guna yang bagus seperti, Beetal, Sirohi, Barbari, Marwari, Mehsana, Kutchi, Gohilwada dan Zalawadi. Terdapat juga beberapa baka kambing eksotik yang tersedia di beberapa negara.
Menjimatkan ruang
Kambing merupakan haiwan yang bersaiz kecil. Siapa tahu saiznya yang kecil juga memberikan satu kelebihan kepada penternak kambing itu sendiri. Kerana saiznya yang kecil, mereka memerlukan ruang yang agak kecil berbanding haiwan ternakan lain.
Selain itu, mereka juga mempunyai permintaan perumahan yang lebih sedikit dan sebuah kandang dengan kemudahan yang lebih minimum. Bahkan kambing juga boleh diternak di dalam kandang bersama-sama haiwan ternakan lain.
Pasaran sedia ada
Seperti yang kita tahu, produk keluaran dari kambing seperti daging dan susunya amat laku dan diminati di pasaran antarabangsa. Oleh itu, bagi penternak yang ingin memulakan penternakan kambing, anda tidak perlu risau untuk memasarkan produk anda.
Selain itu juga, produk kambing diterima secara meluas dan tidak mempunyai pantang larang dalam agama dan dibolehkan untuk makan.
Utiliti
Antara kelebihan menternak kambing yang lainnya adalah dari segi utiliti. Ini bermaksud, kambing adalah haiwan serbaguna dan diternak untuk pelbagai tujuan. Utiliti serbaguna adalah kelebihan lain dari perniagaan penternakan kambing. Kambing secara umumnya diternak untuk tujuan pengeluaran dagingnya dan susunya.
Namun begitu, ada juga beberapa baka kambing yang digunakan untuk pengeluaran serat dan juga bulu. Tidak dinafikan, ada juga beberapa baka kambing yang sangat baik untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Mesra Iklim
Selain daripada itu juga, kambing juga merupakan salah satu haiwan yang mesra iklim. Terutama bagi cuaca di Malaysia, kambing dapat bertahan di dalam iklim sejuk ataupun panas. Ia merupakan sebuah haiwan yang tahan lasak dan mampu bertahan baik daripada haiwan lain.
Ianya juga sangat boleh menyesuaikan diri dengan hampir semua iklim di dunia ini. Jadi tidak perlu risau bagi penternak yang menetap di bermacam-macam iklim. Hal ini kerana, kambing dapat menyesuaikan diri mereka dengan iklim tersebut.
Mudah Membesar
Antara kelebihan menternak kambing yang boleh didapati oleh penternak baharu ialah kambing ini merupakan suatu haiwan yang amat mudah untuk membesar. Mereka juga sangat cepat matang dan dapat membiak dan memperbanyakan jumlah kawanan dalam masa yang singkat. Kambing juga pada umumnya sangat cepat dalam mencapai berat untuk penyembelihan.
Oleh itu, para penternak tidak perlu menunggu lama-lama untuk menyembelih ternakan kambing mereka kerana kambing cepat membesar dan memberat dan itu sudah memadai untuk melakukan penyembelihan. Selain itu juga, kambing juga sangat kuat dan tahan lasak, ia dapat melawan banyak penyakit kambing yang biasa. Hal ini kerana tubuh badan kambing mempunyai imun yang tinggi.
Sumber Pekerjaan
Kepada para penternak yang ingin berjinak-jinak dalam sektor penternakan kambing, secara tidak langsung anda telah membuka peluang pekerjaan yang baik untuk orang lain. Penternakan kambing komersial merupakan sumber pekerjaan yang baik untuk semua orang. Terutamanya bagi penganggur yang berpendidikan.
Namun begitu, anda perlu mempunyai pengetahuan yang cukup dulu sebelum menjalankan penternakan kambing ini. Tidak dinafikan, walaupun penternakan kambing mempunyai kelebihannya yang tersendiri, para penternak tidak akan terlepas daripada cabaran dan rintangan yang perlu dilalui selama menternak kambing.
Sebab itulah bagi mereka yang ingin menternak kambing, isikan dahulu dada dengan ilmu pengetahuan tentang penternakan kambing yang secukupnya agar anda bersedia untuk menjadi penternak yang berjaya.
Selain penerangan di atas, anda juga boleh mendapatkan info lanjut berkenaan penternakan kambing melalui pautan di bawah..
Bacaan tambahan
Korang minat nak ternak kambing kampung? Idea yg bagus! Tapi sebelum tu, baca dulu cara ternak kambing kampung yg betul ini. Jgn main hentam saja..
Penjagaan kambing boleh dikatakan ‘agak’ mudah tetapi ‘banyak’ juga yg perlu dibuat. Jom baca beberapa cara penjagaan kambing ini..
Umum mengetahui makanan utama kambing adalah rumput. Tapi tahukah korang, banyak lagi sebenarnya makanan kambing selain rumput? Ayuh ketahuinya di sini..
Susahlah bela kambing. Kena ada modal besar. Kena buat kandang lagi. Tapi tahukah orang, sebenarnya boleh aje bela kambing kecil-kecilan. Tak percaya?
Setiap perniagaan ada risiko. Begitu juga bidang ternakan kambing. Terdapat masalah penternakan kambing. Ketahui satu persatu & cara atasinya..
Secara asas, modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, kos permulaan. Yang kedua ialah kos operasi. Baca selanjutnya..