Salah satu daripada bisnes power yang ramai terlepas pandang ialah ternakan ikan talapia. Bisnes ini nampak saja cikai, tetapi mendatangkan pulangan yang lumayan. Mari kita teliti langkah memulakan penternakan ikan talapia yg akan dikupas pada kali ini.
Isi Kandungan
Ikan talapia semakin ramai peminat. Penternak-penternak ikan pasti tidak asing lagi dengan penternakan ikan air tawar ini. Malah, penternakannya juga amatlah mudah dan senang. Namun begitu, bagi seorang penternak yang berkeinginan dan mempunyai minat untuk memulakan penternakan ikan talapia ini, anda haruslah menambah ilmu pengetahuan dengan mengkaji bagaimana untuk menguruskannya terlebih dahulu.
Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan membuat persediaan peralatan dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang penternakan ikan talapia ini. Untuk permulaan bagi mereka yang ingin menternak ikan talapia ini, anda perlulah teliti agar cara dan langkah yang diambil adalah betul dan tepat jika tidak ia kan mengakibatkan kerugian yang besar kepada anda.
Di dalam menjaga dan menternak ikan talapia ini, terdapat cara-cara yang betul dan boleh dirujuk oleh penternak yang baru ingin menjinak-jinak dengan penternakan ikan talapia. Di dalam artikel ini akan dijelaskan bagaimana cara dan langkah untuk memulakan penternakan ikan talapia.
Lokasi kolam yang sesuai
Langkah bagi memulakan penternakan ikan talapia yang pertama adalah dengan menyediakan tempat yang sesuai iaitu kolam yang sesuai. Tempat yang tidak sesuai untuk penternakan ikan talapia adalah tempat yang sering dilanda banjir, tiada tempat pembuangan air dan sebagainya.
Menyediakan kawasan yang sesuai adalah sangat penting kerana jika anda sudah pun membuat kolam tanah untuk ternakan ikan talapia anda, tiada cara yang lebih mudah untuk memindahkannya ke tempat lain yang lebih selamat.
Mendapatkan Benih Ikan Talapia
Jika anda ingin mendapatkan benih ikan talapia, langkah untuk memulakan penternakan ikan talapia seterusnya adalah dengan mengetahui cara untuk anda mendapatkan benih ikan talapia tersebut. Anda perlu tahu untuk menilai perbezaan harga pasaran dan kuantiti benih ikan tersebut.
Harga yang diletakkan adalah tidak sama, lain pembekal, harga yang ditawarkan juga adalah lain. Selain itu juga, harga benih ikan talapia ini juga berbeza ikut lokasi yang dijual. Ada sesetengah lokasi adalah lebih murah harga yang ditawarkan dan ada juga lokasi yang lebih tinggi harganya. Jadi penternak perlu meninjau terlebih dahulu dilokasi manakah untuk mendapatkan benih ikan talapia dengan harga yang berbaloi.
Setelah anda memilih benih ikan talapia yang tahan lasak, pastikan pembekal membungkusnya di dalam plastic secara cermat ataupun letakkan di dalam balang yang terjaga rapi. Benih ikan talapia akan dipilih dari segi saiz dan harga. Harga yang mahal bermaksud kualiti benih ikan talapia tersebut adalah bagus. Namun ianya terpulang juga, anda perlu menelitinya terlebih dahulu.
Pastikan yang benih ikan itu segar, sihat dan stok juga baru. Jika stok itu sudah lebih seminggu, benih ikan tersebut mungkin akan dijual dengan harga yang lebih murah. Benih ikan yang sudah lama tidak akan sesegar dan sebaik benih ikan talapia yang baru menetas.
Suhu yang Sesuai
Langkah untuk memulakan penternakan ikan talapia yang seterusnya adalah dengan mengetahui suhu yang sesuai terhadap air yang bakal digunakan untuk benih ikan air tawar itu. Ikan talapia mempunyai ketahanan badan yang lebih tinggi daripada ikan air tawar yang lain.
Terutamanya terhadap tahap kemasinan air yang tinggi, suhu air yang tinggi, oksigen terlarut yang rendah dan kepekatan ammonia yang tinggi. Suhu air yang biasanya dan paling sesuai untuk pembesaran ikan talapia adalah 50-52 degree celcius. Namun begitu, bagi tempat-tempat yang mempunyai iklim suhu yang tinggi mungkin juga tidak sesuai untuk membela ikan jenis ini.
Makanan Ikan Talapia
Kemudian, langkah untuk memulakan penternakan ikan talapia adalah mengetahui makanan apa yang boleh diberikan untuk ikan talapia anda. Makanan utama untuk ikan talapia selain daripada makanan semulajadi adalah dedak, soya, pallet makanan, hempas kacang dan sebagainya. Bagaimanakah anda ingin memberi ikan talapia anda makan?
Caranya ialah makanan untuk ikan talapia adalah diberi dua kali dalam tempoh tiga dan bukannya hari-hari. Jika tidak, sebab itulah ada penternak yang mengadu ikan talapia mereka mati kerana memberi makan hari-hari. Walaupun ikan talapia ini tahan lasak, ia juga boleh mati jika tidak tahu cara menternaknya dengan betul.
Penjagaan Kolam yang betul
Selain daripada makanan, langkah untuk memulakan penternakan ikan talapia adalah dengan memastikan penjagaan dan kebersihan kolam dengan betul. Tidak dinafikan, ikan talapia merupakan ikan air tawar yang hidup dengan lumut-lumut, rating kayu dan lain-lain. Namun begitu, jika ikan talapia ini diternak, semua itu tidak perlu ada di dalam kolam mereka.
Anda perlu mencuci dengan bersih segala kekotoran yang ada di dalam air dan mencuci kolam agar kebersihan persekitaran tempat ikan talapia ini terjaga. Proses mencuci kolam ikan talapia kebiasaannya adalah dilakukan dua kali seminggu atau tiga kali seminggu. Selain itu, kolam yang kotor juga akan menyebabkan punca kematian ikan talapia. Ia juga samalah seperti manusia, semua inginkan tempat sekeliling yang tenang dan tidak kotor.
Kolam Pendua
Langkah seterusnya yang perlu penternak ikan talapia tahu adalah dengan menyediakan kolam pendua untuk ternakan ikan talapia. Sesetengah penternak tidak menyediakan kolam pendua ini kerana ia melibatkan kos tambahan. Namun begitu, kolam pendua ini penting untuk dua perkara pertama iaitu proses cuci kolam dan proses pengasingan ikan yang matang.
Kolam ini tidak perlulah besar sangat dan jangan pula terlebih kecil, proses pengasingan ikan talapia yang sudah matang dilakukan di dalam kolam pendua ini. Hal ini kerana, ikan talapia yang sudah matang jika tidak diasingkan akan memakan benih ikan yang lain dan akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada penternak.
Fasa Pengasingan Ikan Talapia Matang
Untuk langkah memulakan penternakan ikan talapia yang perlu diketahui oleh penternak adalah bila tibanya fasa pengasingan. Fasa pengasingan ini berkait rapat dengan langkah kolam pendua tadi. Fasa pengasingan ini tidak jauh beza dengan fasa asingkan ikan talapia matang daripada benih-benih anak ikan talapia.
Hal ini adalah untuk mengelakkan benih-benih kecli itu dimakan oleh ikan talapia yang matang dan sudah besar. Hal ini demikian, pentingnya kegunaan kolam pendua untuk penternak ikan talapia.
Pemasaran
Langkah terakhir semstinyalah pemasaran iaitu saat-saat yang paling ditunggu-tunggu oleh penternak. Teknik pemasaran yang betul juga tidak kurang pentingnya dalam cara menternak ikan air tawar. Ini juga merupakan saat yang akan mendatangkan hasil dan keuntungan selepas perbelanjaan besar dalam perniagaan yang telah anda laburkan.
Ikan talapia sangat terkenal di Malaysia dan sudah mempunyai peminat tersendiri dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, dimana-mana sahaja pembeli akan mencari ikan talapia di pasar-pasar. Cara pemasaran ikan talapia sama ada mentah atau sudah dimasak mendapat sambutan yang baik daripada pembeli.
Pihak Berkuasa
Ini juga adalah salah satu langkah yang perlu anda ambil sebelum anda memulakan perniagaan ternakan ikan talapia. Anda perlu membuat lesen terlebih dahulu supaya di kemudian hari, apabila lesen diminta ketika anda berniaga, ia tidaklah akan menyusahkan anda. Ada juga tempat yang tidak perlukan lesen.
Namun jika anda ingin menjual ikan di pasaran di luar kawasan, lesen akan diperlukan kerana ianya adalah melibatkan dengan aktiviti perniagaan. Oleh itu, haruslah anda meminta kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu. Kebenaran untuk kawasan penternakan, lesen perniagaan, lesen perniagaan ikan talapia juga lesen menternak ikan talapia.
Kesimpulannya, melalui artikel ini anda dapat menambah ilmu pengetahuan tentang penternakan ikan talapia. Jadi bagi mereka yang betul-betul berminat, tiada salahnya untuk anda mencuba. Mungkin ia juga boleh menjadi hobi yang baru kepada anda seiring dapat membekalkan rezeki kepada anda juga.
Selain penerangan di sini, anda juga boleh mendapatkan info lanjut berkenaan ternakan ikan talapia melalui pautan di bawah..
Bacaan tambahan
Menternak tilapia tidaklah terlalu sukar. Tapi bukan juga terlalu mudah. Baca cara ternak ikan tilapia yang betul di sini. Semoga maju jaya..
Pelbagai petua dan cara buat kolam ikan tilapia apatah lagi dalam membina kolam yang besar dan khusus untuk penternakan. Jom baca petua yg betul..
Permintaan ikan tilapia di Malaysia adalah tinggi. Terutamanya dari pemborong, dan juga peniaga restoran. Ini peluang baik kpd bakal penternak..
Membeli kereta melalui lelongan mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi untuk mendapatkan nilai terbaik, anda perlu tahu cara nak beli kereta lelong dengan betul.
slm.. info yg sya baca ini. bnyk manfaatnya… sya juga brminat ingin mencuba ternakan ikan,. cuma ada beberapa perkara yang sya perlu kaji.. kawasan.. modal.. benih… pengurusan.. dan jualan..