Untuk pengetahuan anda, darah yang didermakan ini sangat berguna kepada pesakit yang mengalami leukimia, barah, pesakit jantung, hati, hemophilia dan mereka yang mengalami kemalangan. Bukan itu sahaja, darah yang diderma juga sangat berguna semasa pembedahan. Justeru ini merupakan sebab atau punca mengapa anda digalakkan menderma darah kerana setiap darah yang didermakan itu mampu menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan. Namun begitu, anda juga perlu tahu bahawa selain dapat membantu menyelamatkan nyawa, terdapat juga beberapa kebaikan menderma darah dari segi kesihatan juga. Oleh itu, di bawah ini akan dinyatakan beberapa kebaikan menderma darah dari segi kesihatan.
Menderma darah adalah salah satu perkara yang sangat mulia jika anda lakukannya. Hal ini demikian kerana dengan menderma darah, anda dapat membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa pesakit dan kerana itu ianya di anggap sebagai perkara yang sangat mulia.
Bahkan jika ada di antara anda yang belum mengetahui, setiap 14 Jun iaitu Hari Derma Darah Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah diisytiharkan. Perisytiharan ini dilakukan bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan seberapa ramai pesakit yang memerlukan.
Tambahan pula, anda juga kerap mendengar bahawa pusat rawatan pesakit iaitu hospital sentiasa kekurangan darah dan memerlukan penderma bagi memastikan darah sentiasa mencukupi.
Mengurangkan risiko penyakit kanser
Untuk pengetahuan anda, risiko penyakit kanser akan terus meningkat sekiranya anda kerap mengamalkan makanan yang tidak berkhasiat dan juga menghirup udara yang tercemar seperti asap-asap pembakaran dan rokok. Tambahan pula, jumlah kes kanser di Malaysia juga didapati meningkat walaupun penyakit ini adalah penyakit yang paling ditakuti oleh orang ramai.
Namun begitu, jika anda rajin menderma darah secara berkala secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan terjadinya kanser hati, usus,perut dan tekak. Seperti kata-kata yang pernah anda dengar iaitu mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Oleh itu, bagi anda yang berniat untuk mendermah darah, anda sangat digalakkan untuk meneruskan niat tersebut kerana ianya baik untuk kesihatan anda juga. Justeru, mengurangkan risiko penyakit kanser merupakan salah satu kebaikan menderma darah dari segi kesihatan.
Menjaga kesihatan penderma
Selain menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan, penderma darah juga mendapatkan kebaikan dari dermaan tersebut di mana petugas perbuatan di pusat derma darah akan memeriksa kesihatan anda terlebih dahulu sebelum derma darah dilakukan.
Melalui pemeriksaan kesihatan tersebut, anda dapat mengetahui tahap kesihatan anda seperti tekanan darah, tahap kolestrol dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga dapat mengetahui golongan darah anda sewaktu ingin menderma darah. Dengan mendermah darah di pusat derma anda tidak perlu bersusah payah untuk ke klinik mahupun hospital untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Pergantian sel darah yang baru
Seterusnya, kebaikan menderma darah dari segi kesihatan adalah dengan menderma darah, badan anda dapat menggantikan sel-sel darah yang baru. Bak kata pepatah ‘buang yang keruh ambil yang jernih’ sama juga seperti darah di mana kita derma darah yang ada dan kemudian di gantikan dengan sel-sel darah yang baru.
Tambahan pula, apabila sel darah baru terhasil dalam tubuh badan secara tidak langsung badan anda akan menjadi cergas dan anda akan menjadi lebih bertenaga untuk melakukan pekerjaan.
Kurangkan risiko sakit jantung
Selanjutnya, jika anda menderma darah, kebaikan yang anda akan peroleh adalah risiko penyakit jantung dapat di kurangkan. Hal ini demikian kerana, zat besi yang berlebihan boleh menyebabkan darah anda pekat dan juga boleh mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka masa yang panjang.
Namun jika anda menderma darah, zat besi dapat dikeluarkan daripada tubuh badan anda sekaligus kecairan darah dapat dikekalkan sesuai untuk kesihatan arteri anda.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi kebaikan menderma darah dari segi kesihatan yang anda akan perolehi. Justeru, senarai di atas merupakan antara kebaikannya yang anda akan perolehi seperti dapat mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan sebagainya. Namun apa yang paling penting adalah darah yang telah didermakan itu mampu menyelamatkan banyak nyawa pesakit yang memerlukan.
Rujukan Lain
Anda perlu membuat semakan untuk mengetahui sama ada anda memiliki saman atau tidak. Jom check saman online PDRM di sini..
Apabila suami mula curang, sebagai seorang isteri pasti akan berasa cemburu dan marah. Mari baca cara bagaimana menangani suami curang..
Tgh solat, time tu la baru teringat keta dah kunci ke belum. Harap2 selipar aku tak diambil orang. Jom baca cara dapatkan khusyuk dalam solat..
Perkongsian cara download slip gaji kerajaan melalui tiga kaedah iaitu: penyata gaji bulanan, penyata gaji tahunan dan penyata gaji untuk pinjaman..
Ramai yang masih kurang jelas bagaimana cara membuat tuntutan MySalam. Jom baca cara membuat tuntutan MySalam RM700 dan MySalam penyakit kritikal..
Bosan kena pergi ke ATM bila nak semak baki? Baca tutorial mengenai cara daftar MyBSN online banking dan juga cara login BSN Online untuk kali pertama ini.
Asyik ke ATM bila nak semak baki duit? Baca tutorial mengenai cara daftar Maybank2u online banking dan juga cara tukar password Maybank2u di sini.