Untuk kali ini, kita akan meneroka potensi satu lagi bisnes power. Apakah ia? Air balang. Bila disebut apa yang paling laris bila dijual, banyak makanan dan minuman tersenarai. Begitu juga, barangan. Satu yg pasti, air balang di antara yg paling laris. Sama ada di kawasan sekolah, pasar malam, dan kawasan riadah. Dimana sahaja ada air balang, pasti air balang paling laris.
Isi Kandungan
Setiap jualan air balang memang akan laris. Tidak kira dimana jualannya. Mengapa? Kerana pembeli memang akan membeli air balang meskipun dalam keadaan hujan dan malam. Walaupun air balang dijual pada waktu itu, jualan tetap habis kerana air balang adalah benda yg senang dijual.
Dan merupakan perkara wajib beli. Apa jenis air balang yang laris dijual? Adakah air balang yg laris mengikut jenis, mengikut umur pembeli? Mari kita dapatkan sedikit pengetahuan supaya setiap jualan air balang korang akan habis.
Banyak jenis air balang paling laris
Air balang antara yg paling laris dijual di pasar malam, ekspo, lelongan, dan kawasan yang penuh sesak dan jualan murah. Jenis air balang yg paling laris pula seperti milo. Respi ini patut menjadi keutamaan yg perlu ada. Air buahan yang menjadi tarikan pembeli. Air campuran seperti sunquick, keladi, dan air laici kang juga memiliki daya tarikan pembeli.
Air balang yang menjadi pilihan pembeli ialah air yang menunya baru. Lebih mantap lagi kalau sedang viral pada waktu itu seperti teh ais cincau dan air mango berirama.
Viral dan cawan plastik besar
Bukan sahaja air balang yang viral menjadi puncanya air tersebut laris, malah cawan plastik yang besar jugak menjadi popular pada masa kini. Meskipun secawan plastik yang besar sehinggakan RM5-RM6, namun ia masih menjadi pilihan pembeli.
Ada juga belum pun habis waktu berniaga, air balang sudah habis. Malahan ada penjual perlu membancuh beberapa kali untuk jualan. Seronok betul jual air balang ya..
Jenis air balang paling laris
Ada banyak jenis perisa yang paling laris dijual. Yang berlainan dari biasa. Seperti air buah-buahan, air perisa dan air berperisa ais batu campur dan cendol. Pelbagai jenis air balang yang laris apabila dijual.
Air balang paling laris di kawasan tertentu
Selain kawasan beriadah, kawasan persekolahan, kawasan tepi jalan, air balang paling laris dijual di pasar malam dan bazar ramadhan. Itu diantara tempat yang mana air balang sangat-sangat laris dijual. Air balang juga perlu dibancuh secara sama dan standard setiap kali. Jangan mengubah cara bancuhan, kerana ia akan membuat pembeli lari. Rasanya kejap sedap, kejap tak sedap.
Cara menjaga pembeli atau pelanggan kita supaya pelanggan terus kekal setia ialah sebegitu. Menjaga cara bancuhan dan tidak mengubah cara bancuhan. Ada juga air yang tidak diminati oleh pembeli kanak-kanak, jadi perlu ada pilihan untuk pembeli pelbagai peringkat umur.
Apakah air yang diminati oleh pelbagai peringkat umur?
Ada pelbagai jenis air balang yang boleh didapati. Begitu juga air balang yang laris diminati oleh beberapa peringkat umur. Jenis yang diminati oleh kanak-kanak seperti milo, buah-buahan, dan seperti air yang berperisa.Kanak-kanak juga meminati air yang berwarna-warni. Tidak kisah akan rasanya.
Tetapi lain pula selera untuk warga emas atau yang dewasa. Ada yang lebih berselera apabila melihat warna susu, atau ais cendol dan selera orang tua ialah seperti kopi dan air buah buahan. Peniaga air balang perlu tahu mana satu jualan yang laris kepada pembeli. Supaya bancuhan yang disediakan akan membuat air balang laris terjual.
Apakah yang membuat air balang paling disukai oleh pembeli? Mengapakah air balang itu paling laris? Antara strategi yang boleh membuatkan air balang paling laris ialah kuantiti air balang tersebut. Pilihan air balang perlulah banyak. Supaya banyak pilihan untuk para pembeli memilih jenis air balang.
Apabila air balang mempunyai banyak pilihan, ia salah satu sebab air balang paling laris. Setiap yang datang pasti teruja untuk memilih malah ada yang ingin merasa semua jenis air balang yg ada.
Sehinggakan seorang pembeli membeli dua hingga tiga jenis air balang. Itu satu strategi yang sangat bagus. Bijak dalam berniaga. Membuat pembeli merasa hendak lebih daripada satu.
Saingan menjual air balang yang sama
Seandainya air balang paling laris dijual oleh korang, kemungkinan besar saingan sebelah juga menjualnya. Jangan berputus asa. Air balang akan ada permintaan pembeli. Sekiranya penjual sebelah tapak, menjual air balang yang sama. Korang teruskan juga menjual. Ia adalah satu saingan yang profesional. Berfikiran matang, adat perniagaan.
Aku syorkan supaya korang rajin bersuara memanggil pembeli, mesra pembeli, dan jangan biarkan pembeli menunggu dengan lama. Jika korang mempunyai lebih dari 5 balang air, pastikan korang mempunyai pekerja. Ini kerana apabila, pembeli menunggu lama, ia mungkin akan membuat pembeli berubah hati dan pergi ke tapak sebelah.
Itu adalah satu kejadian yang tidak penjual inginkan. Jadi, korang perlu menjaga hati pembeli. Setiap yang datang membawa rezeki. Menjaga hati pembeli, pun perlu. Jarang air balang dibuang, kerana air balang juga dibeli oleh penjual makanan yang lain di kawasan tapak perniagaan yang sama.
Ada 5 resepi air balang paling laris
Semoga ini juga menjadi resepi keutamaan jualan air balang paling laris korang semua.
1)Dragon Fruit Mix Cocktail
2)Green Tea
3)kelapa shake aiskrim
4)sunquick ala vitagen
5)Bandung soda
Cara cara dan bahan-bahannya;
1) Dragon Fruit Mix Cocktail
Buah naga 1 kg
Cocktail-tin 2 tin
Lychee 1 tin
Mangga 1 kg
Susu pekat 6 tin
Susu Cair 2 tin
Garam 1 sudu kecil
Air 4 liter
2) Green tea
Green tea 300-500g
Susu pekat 3 tin
Susu cair 2tin
Garam 1sudu kecil
Pewarna hijau (suka hati)
Air 5 liter
3) kelapa shake aiskrim
Air kelapa muda
Ais krim vanila
Isi buah kelapa
Ais
Air gula
Cara Buat Air Coconut Shake
Sediakan blender.
i-Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
ii-Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa
iii-Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
iv-Campurkan aiskrim vanilla
v-Siap sedia dihidang dan dijual kepada pembeli
4) sunquick ala vitagen
Sunquick 1/2 botol
Susu 2tin
Air suam
Ais
5) Bandung soda
Air Sirap (sukatan sendiri)
Susu 2 tin
Susu cair 1 tin
Air soda 1 botol
Ais
Ini antara resepi air balang paling laris yg sempat dikongsikan. Semoga bermanfaat, dan selamat maju jaya. Boleh saja korang nak ubah mengikut citarasa korang sendiri.
Bacaan Tambahan
Bagi korang yg sudah membuat keputusan menceburkan diri dalam bisnes air balang ini, sila baca lebih lanjut mengenai cara memulakan perniagaan air balang ini.
Ramai yg mencari apakah bisnes yg memerlukan modal yg kecil tetapi boleh memberikan keuntungan tinggi. Sudah tentu, salah satu daripada model bisnes tersebut adalah perniagaan air balang. Ketahui lebih lanjut di bisnes air balang modal kecil untung besar!
Air balang ni bukan boleh main bancuh saja. Kena tahu apakah resipi air balang paling laris. Baru jualan meledak!
Semakin hari, semakin ramai yg mulai membuka mata pada potensi bisnes air balang ini. Adakah korang pun sama? Kalau bagitu, elok baca sedikit panduan memulakan bisnes air balang ini.
Bagi yg masih berkira-kira dan belum yakin, sila baca potensi bisnes air balang. Korang pasti terkejut bila tahu seorang penjual air balang boleh buat RM550 untung bersih dalam sehari saja!
Masih mencari kekuatan diri untuk memulakan bisnes air balang ini? Kalau begitu, korang baca dulu pengalaman berniaga air balang ini. Semoga dapat inspirasi daripadanya..
Tahukah korang, tak semua jalan kita boleh jual air. Silap-silap, hanya dapat penat. Baca 9 teknik jual air balang di tepi jalan yg betul ni..
Pendapatan jual air balang sangat lumayan. Ini kerana modalnya yang sedikit. Tetapi hasilnya berlipat kali ganda. Meskipun masih ada risiko rugi..
Air balang modal rendah kerana hanya memerlukan RM1,000 sahaja. Ini sudah cukup untuk mula berniaga air balang. Menarik bukan? Baca lagi..