Perniagaan di shopee semakin hari semakin mendapat perhatian di kalangan para peniaga dan penjual. Bukan itu sahaja, ianya juga berjaya menarik minat pembeli atau pelanggan untuk singgah ke kedai shopee dan membeli produk-produk yang di jual di shopee. Masalah utama yang menghantui fikiran seller baru di shopee ialah ‘nak jual produk apa di shopee?’ Jom bincangkan..
Isi Kandungan
Hal ini demikian kerana, shopee merupakan salah satu aplikasi yang memberikan pelbagai kemudahan, promosi, tawaran hebat dan sebagainya. Tambahan pula, menjalankan perniagaan di shopee juga sangat mudah berbanding perniagaan online di Instagram, facebook, twitter,dan whatsapp.
Oleh kerana itu, ramai peniaga atau penjual lebih memilih shopee berbanding menjual dia media-media sosial. Pelanggan atau pembeli juga lebih gemar membeli belah secara online di shopee kerana harga yang ditawarkan lebih murah dan berpatutan untuk di beli terutama ketika shopee menawarkan tawaran hebat seperti penghantaran percuma, diskaun barangan dan sebagainya.
Hal ini secara tidak langsung menjadikan platform shopee antara platform perniagaan dan pembelian yang popular di Malaysia. Namun begitu, dalam kejayaan shopee sebagai platform yang popular yang menjadi pilihan para pelanggan, pasti ada sebab yang membawa kepada kejayaan platform shopee.
Oleh itu, jika dilihat dari sudut pandangan pembeli atau pelanggan kenapa shopee menjadi salah satu platform yang berjaya adalah kerana barang atau produk yang mereka jual. Produk yang berkualiti dan menjadi trend terkini merupakan salah satu sebab pembeli atau pelanggan tertarik untuk membeli produk dan barangan di shopee.
Perkara ini di kukuhkan lagi dengan harga yang diberikan oleh peniaga-peniaga di shopee yang mampu milik walaupun barang tersebut antara barang yang berkualiti dan menjadi trend terkini.
Namun begitu, bagi anda yang baru bermula mencuba nasib berniaga di shopee pasti akan tertanya-tanya dan memikirkan barangan apa atau produk bagaimana yang sentiasa menjadi pilihan pembeli.
Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai jenis produk yang boleh dijual namun peniaga atau penjual harus mengetahui apakah produk yang popular dan sentiasa menjadi pilihan pembeli. Oleh itu, di sini akan di bincangkan serba sedikit tentang nak jual produk apa di shopee?
Pakaian Wanita
Untuk pengetahuan anda, antara produk atau barangan yang boleh di jual di shopee adalah pakaian wanita. Terdapat pelbagai jenis pakaian wanita yang boleh di jual di shopee seperti baju kurung, baju kurung moden, songkek, jubah, blouse dan baju kebaya. Ini merupakan antara koleksi pakaian muslimah yang sentiasa menjadi pilihan bagi gologan wanita yang beragama islam.
Namun begitu selain pakaian muslimah ini, anda juga boleh menjual baju t-shirt, baju-baju selain baju muslimah bagi mereka non-muslim. Hal ini kerana, apabila anda menjual pakaian wanita di shopee, anda bukan sahaja perlu menarik minat golongan wanita muslimah tetapi juga golongan wanita non-muslim.
Selain itu, anda juga boleh menjual pakaian wanita yang menjadi trend terkini dan popular dalam kalangan golongan wanita dewasa dan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, selain golongan lelaki, golongan wanita juga sangat menyukai fesyen dan suka bergaya kemana sahaja mereka pergi terutama bagi golongan remaja.
Oleh itu, mereka akan mecari produk pakaian yang menjadi trend terkini dan popular di shopee kerana bagi mereka shopee adalah aplikasi yang menjual pakaian-pakaian terkini dan popular. Selain itu, anda juga boleh menjual pakaian wanita seperti pakaian artis korea memandangkan fesyen artis korea juga antara fesyen yang sering menjadi pilihan daripada golongan remaja.
Hal ini kerana, fenomena kpop yang melanda golongan remaja di Malaysia telah menarik minat mereka untuk menjadi seperti artis-artis korea terutama dari segi fesyen pakaian. Justeru, anda sangat di galakkan untuk menjual pakaian wanita kerana ianya antara jualan atau produk yang sangat laku dan mudah terjual dalam kalangan wanita.
Oleh itu, pakaian wanita adalah satu produk yang anda boleh jual di shopee dan jika anda terfikir nak jual produk apa di shopee, maka pakaian wanita adalah salah satu daripada jawapannya.
Barangan Runcit
Selain anda boleh menjual pakaian wanita, anda juga digalakkan untuk menjual barangan runcit. Hal ini demikian kerana, bagi pembeli atau pelanggan yang tidak gemar membeli belah di luar mereka akan menggunakan apa sahaja aplikasi pembelian barang yang ada untuk memudahkan mereka membeli barangan keperluan secara online.
Oleh hal yang demikian, sudah pasti para pembeli atau pelanggan akan menggunakan shopee sebagai tempat mereka membeli barangan runcit. Justeru, para peniaga yang masih berfikir untuk menjual apa di shopee, bolehlah menjual barangan runcit kerana barangan tersebut sudah pasti menjadi pilihan pembeli atau pelanggan kerana ianya digunakan dalam kehidupan seharian.
Tambahan pula perniagaan barangan runcit di shopee sememangnya mengguntungkan kerana terdapat pelbagai barangan runcit seperti beras, susu tin, tepung, minyak masak dan sebagainya yang sentiasa di gunakan oleh pembeli atau pelanggan. Oleh itu, bagi peniaga atau penjual yang masih memikirkan nak jual produk apa di shopee bolehlah menjual barangan runcit.
Aksesori Fesyen
Jika disebutkan tentang wanita, pasti yang akan di dengar adalah pakaian dan perhiasan. Oleh itu, bagi anda yang tidak tahu nak jual produk apa di shopee, bolehlah menjual aksesori fesyen. Hal ini demikian kerana, penjualan aksesori fesyen mampu meningkatkan atau menambahkan wang dan modal anda.
Hal ini kerana, aksesori fesyen sentiasa menjadi pilihan para pembeli atau pelanggan terutama golongan wanita kerana ianya mampu milik, cantik dan bergaya. Antara aksesori yang sering menjadi pilihan pembeli atau pelanggan adalah rantai, cincin, gelang tangan, gelang kaki dan sebagainya.
Ini kerana, perhiasan tersebut sering di pakai oleh wanita kerana ianya akan menambahkan lagi seri kepada si pemakai. Bukan itu sahaja, aksesori fesyen yang lain yang boleh di jual oleh peniaga adalah kerongsang, rantai songket, mahkota dan sebagainya.
Hal ini demikian kerana, bagi golongan wanita yang memakai hijab, sudah pasti mereka memerlukan kerongsang untuk mencantikkan lagi gaya tudung mereka. Oleh itu anda boleh menjual kerongsang dengan harga berpatutan mengikut seberapa banyak jumlah kerongsang dan harga.
Jika jumlah kerongsang yang di jual berpatutan dengan harga kerongsang sudah pasti ramai yang akan membelinya. Oleh itu sudah jelas bahawa, bagi anda yang baru bermula hendak mejual di shopee, anda bolehlah menjual aksesori fesyen terutama aksesori fesyen wanita kerana ianya sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan kerana harga yang ditawarkan di shopee sangat berpatutan.
Kesimpulan
Ini merupakan antara contoh-contoh barang yang anda boleh jual di kedai shopee anda. Seperti yang dikatakan, bagi anda yang baru bermula menjual di kedai shopee atau berniat berniaga di kedai shopee, tetapi tak nak jual apa, anda bolehlah menjual barang-barang seperti yang dinyatakan di atas.
Itu merupakan antara barangan atau produk yang sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan. Bukan itu sahaja, selain daripada produk yang dinyatakan, terdapat beberapa produk lain yang turut mendapat sambutan sekiranya anda menjual di shopee.
sebagai contoh, anda boleh menjual pakaian lelaki, beg lelaki, beg wanita, jam tangan, kasut lelaki dan wanita, kelengkapan kereta, produk kesihatan dan kecantikan dan banyak lagi. Ini juga antara produk yang mendapat rating tertinggi jika di jual di kedai shopee anda.
Oleh itu, bagi anda yang betul-betul ingin membuka kedai di shopee, anda bolehlah memilih produk-produk yang anda rasakan boleh mendapat sambutan daripada pelanggan kerana jika produk tersebut mendapat sambutan daripada pelanggan, secara tidak langsung kedai shopee anda akan bertambah maju.
Bacaan Tambahan
Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Ini ada dikongsikan sedikit cadangan..
Barang mana yg mendapat permintaan yg tinggi daripada para pembeli? Di sini membincangkan serba sedikit barang paling laku di shopee 2022..
Post kali ini kita akan membincangkan 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa di Shopee. Moga berguna utk penjual baru di Shopee..
Kesukaran awal seseorang penjual di Shopee ialah untuk membuat keputusan nak pilih barang yang cepat laku dijual online. Salah pilih, memang habis la..
Di shopee, harga murah dan ramai pengunjung. Ini menarik minat ramai utk merasai keterujaan menjual dan mencuba pengalaman berniaga di shopee.
Berbanding perniagaan secara konvensional, berniaga di shopee tanpa produk secara online sememangnya lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos..